Selepas Samsung Galaxy Z Fold6 SE, Galaxy Z Flip FE Pula Dilaporkan Akan Tiba

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 10:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Fold6 Special Edition telah pun dilancarkan sebagai variasi Z Fold6 yang lebih premium. Ia mempunyai spesifikasi keseluruhan lebih kurang sama tetapi dalam tubuh yang lebih nipis dan dilengkapi dengan kamera yang lebih berkuasa. Selepas Z Fold6 SE, Samsung dilaporkan akan hadir dengan peranti Z Flip FE pula.

image is not available

Berbeza dengan SE, model FE seperti yang semua tahu adalah peranti mercu yang dipakejkan dalam tubuh dan harga jualan yang lebih mampu milik. Ia dimulakan dengan Galaxy Note FE, kemudian diteruskan sehingga hari ini dengan model terkini adalah Galaxy S24 FE. Untuk Galaxy Z Flip FE, ia dikatakan akan dijana cip peranti mercu generasi lepas dan menggunakan memori yang lebih rendah berserta storan bermula 128GB.

image is not available

Z Flip FE turut akan menggunakan sistem kamera yang lemah. Memandangkan Samsung membatalkan niat untuk menawarkan Z Fold mampu milik bagi bersaing dengan pasaran telefon boleh-lipat di China, strategi ini dialihkan kepada model Z Flip. Motorola, Nubia, Tecno dan ramai lagi telah mula menawarkan telefon boleh-katup kelas pertengahan – mungkin kini giliran Samsung pula. Adakah anda mahukan Z Flip FE?