Honor Power 2 Akan Dilancarkan Dengan Bateri 10,080 mAh

TechnologyDigital
29 Dec 2025 • 8:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu Honor Win dilancarkan dengan bateri 10,000 mAh. Tetapi Honor nampaknya akan turut menawarkan siri Honor Power pula dengan bateri 10,080 mAh tidak lama lagi. Tidak seperti Honor Win, Honor Power 2 ialah peranti kelas pertengahan dengan skrin 6.79-inci yang menawarkan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 120Hz.

image is not available

Menjana peranti ini adalah cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8500 Elite, kamera utama 50+8 MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 10,080 mAh menyokong pengecasan 80W. Ini membolehkan bateri dicas sepenuhnya dalam masa sekitar 1 jam sahaja.

Sungguhpun baterinya besar, peranti masih hanya setebal 7.98mm dan seberat 216 gram. Ia lebih nipis berbanding Honor Power pertama yang dilengkapi bateri 8000 mAh. Tidak diketahui bila peranti akan dilancarkan atau sama ada ia akan ke pasaran global. Honor Power asal tidak ditawarkan di Malaysia selepas dilancarkan Mac tahun ini.