Samsung Bangunkan Galaxy Fold Dengan Nisbah Skrin 4:3 Untuk Bersaing Dengan iPhone Lipat

TechnologyDigital
22 Dec 2025 • 6:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sedang membangunkan peranti Z Fold kedua untuk tahun depan dengan ia mempunyai skrin dalaman dengan nisbah 4:3 menurut laporan ETNews. Ini adalah bagi bersaing dengan iPhone Fold yang diramalkan dilancarkan penghujung 2026. Dalam laporan tersebut, peranti Z Fold ini akan hadir dengan skrin luar  5.4″ dan skrin dalam boleh-lipat 7.6″ yang membuatkan peranti nampak lebih berkotak.

image is not available
Huawei Pura X

Ini adalah rekaan yang mirip Oppo Find N pertama dan Huawei Pura X yang kedua-duanya mempunyai nisbah skrin yang aneh. Rekaan ini dipilih mungkin bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dan menyelesaikan isu skrin luar dengan skrin yang lebih tinggi daripada lebar.

Pasaran telefon semasa masih lagi didominasi peranti jenis Z Flip yang lebih kecil dan mudah digunakan kerana ringan. Jika laporan ETNews ini menjadi kenyataan, ia lebih seakan Samsung tidak mahu ketinggalan mengikut jejak langkah Apple sedangkan selama ini mereka selesa menawarkan model Z Fold dan Z Flip ke pasaran. Hanya baru-baru ini mereka menawarkan Z Trifold sebagai rekabentuk peranti lipat ketiga mereka.