Honor Power 2 Kini Rasmi Di China Dengan Bateri 10080mAh

TechnologyDigital
5 Jan 2026 • 11:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dengan kapasiti bateri antara yang terbesar di industri, iaitu bateri 10,080mAh. Buat masa ini, model dinamakan Honor Power 2 ini hanya ditawarkan di China sahaja.

image is not available

Honor menggunakan teknologi bateri Si/C (silicon-carbon anode) untuk menjayakan integrasi bateri bersaiz besar ini pada telefon pintar, dan mengekalkan saiz ketebalan peranti seperti peranti lain dipasaran. Honor mengatakan bateri ini menawarkan masa penggunaan berterusan selama lebih 20 jam.

Untuk mengecas dengan pantas, Honor menyertakan sokongan pengecasan berwayar 80W padanya, dan ia turut boleh menjadi “powerbank” untuk mengecas peranti lain pada kelajuan 27W.

image is not available

Dari segi spesifikasi, Honor Power 2 hadir dengan skrin 6.79-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8500 Elite, memori sehingga 12GB LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1. Untuk sokongan rakaman gambar, Honor Power2 menyertakan sensor 50MP di belakang yang dipadankan bersama lensa ultra-lebar 5-megapixel.

Buat masa ini, Honor hanya menawarkan telefon pintar ini di China sahaja, pada harga bermula CNY2699 (iaitu sekitar RM1,570 mengikut kadar tukaran semasa)