Honor Power 2 Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 10,080mAh

TechnologyDigital
2 Jan 2026 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun ini dijangka lebih banyak peranti dengan bateri besar membanjiri pasaran komersial dan Honor Power 2 merupakan salah satu daripadanya. Honor mengesahkan bahawa peranti siri Power terbaharu mereka akan dibekalkan bateri melebihi 10,000mAh sekali gus menyamai kapasiti sebuah powerbank.

image is not available

Menurut Honor, peranti tersebut menggunakan teknologi ‘Qinghai Lake Battery’ dan menjadi telefon pertama mereka yang mencapai kapasiti 10,080mAh secara keseluruhan. Selain itu, ia menyokong pengecasan pantas 80W SuperCharge serta pengecasan berbalik nirwayar 27W.

Honor turut menyatakan bahawa Power 2 mampu mencapai catatan masa penggunaan melebihi 11.5 jam dalam satu ujian bateri. Selain itu, peranti turut mencatat skor 81% dalam ujian penggunaan menyeluruh selama enam jam oleh AnTuTu. Sementara itu, lain-lain spesifikasi masih belum diketahui buat masa ini.