Honor Robot Phone Diperlihatkan Kepada Umum

TechnologyDigital
20 Nov 2025 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masih ingat dengan Honor Robot Phone yang sebelum ini hanya dipersembahkan sebagai imej konsep ketika pelancaran rasmi siri Magic 8? Kini, Honor sekali lagi mencuri perhatian apabila buat pertama kali memperlihatkan secara fizikal telefon pintar konsep itu dalam acara Honor User Carnival di China.

Honor Robot Phone hadir dengan rekaan berbeza daripada telefon konvensional kerana menampilkan kamera gimbal pada lengan robotik di bahagian belakang. Kamera ini boleh ditarik keluar dari ruang khas pada modul kamera, lalu membolehkan ia bergerak dan berinteraksi dengan objek yang dirakam. Selain itu, peranti ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan emas dengan kemasan sama ada kulit sintetik ataupun kaca bergantung pada warna yang dipilih.

image is not available

Dari segi rekaan, keseluruhan Honor Robot Phone menggunakan bingkai aluminium yang kukuh bersama panel kaca di bawah modul kamera. Selain itu, peranti turut menampilkan elemen futuristik melalui integrasi pelbagai ciri berasaskan AI yang membolehkan kamera gimbal bukan sahaja bergerak malah berinteraksi secara langsung dengan persekitaran yang dirakam.

image is not available

Buat masa ini, Honor masih belum mengesahkan sama ada Robot Phone akan dipasarkan secara komersial ataupun kekal sebagai prototaip konsep. Walau bagaimanapun, lebih banyak maklumat dijangka akan dikongsi menjelang pelancaran rasmi di MWC 2026 pada bulan Mac nanti.