Honor Sedang Membangunkan Telefon Dengan Bateri 14,000 mAh

Technology
25 Jun 2026 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Sedang Membangunkan Telefon Dengan Bateri 14,000 mAh

Honor X80 Pro Max baru sahaja dilancarkan munggu ini dengan bateri 11,000 mAh. Ini ialah kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan oleh Honor pada peranti keluaran mereka. Tetapi peniris maklumat Digital Chat Station kini mengatakan, Honor sedang membangunkan pula telefon pintar dengan bateri 14,000 mAh.

Image from: Honor Sedang Membangunkan Telefon Dengan Bateri 14,000 mAh
Energizer P18K Pop

Telefon pintar ini masih dalam proses pembangunan awal dengan kemungkinan ditawarkan di bawah siri Honor Power. Perkembangan teknologi silikon karbon membolehkan bateri berkapasiti tinggi ditawarkan dalam peranti bertubuh nipis.

Haya tujuh tahun lalu, Energizer Power Max P18K Pop dengan bateri 18,000 mAh dilancarkan tetapi tubuhnya enam kali ganda lebih tebal berbanding telefon biasa. Ini diikuti pula dengan Energizer P28K,dengan bateri 28,000 mAh yang dikatakan boleh bertahan selama seminggu,.

Sumber – GSMArena

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved