HONOR menandatangani memorandum persefahaman (MoU)dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Tourism Malaysia bagi menyokong bakat kreatif tempatan serta memaparkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ke peringkat antarabangsa menerusi penceritaan sinematik.

Sebahagian daripada kerjasama ini ialah menjadikan Honor Magic9 Pro Max sebagai telefon pintar rasmi Festival Filem Malaysia yang ke-35 (FFM35) dan juga Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.
Majlis MoU antara Honor dan FINAS disaksikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Menerusi kerjasama ini FINAS dan Honor akan memberikan peluang kepada pembikin filem, penghasil kandungan dan bakal baharu untuk membangunkan kemahiran, mencuba teknologi pengimejan mudah alih serta mempamerkan karya mereka.
Selain itu kerjasama ini turut akan menggalakkan penghasilan filem dan kandungan digital yang mengetengahkan kisah, budaya, dan warisan Malaysia untuk tontonan tempatan mahupun antarabangsa.





