Honor X5 Plus telefon lebih murah dengan bateri besar, kamera 50MP dan skrin 90Hz

Digital
6 Sep 2023 • 2:24 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain Honor X6a berharga RM599, Honor Malaysia turut membawa satu lagi model yang lebih murah iaitu Honor X5 Plus. Ia datang dengan kamera utama 50MP, serta bateri yang lebih besar daripada biasa, semuanya pada harga di bawah RM500.

Harga dan Ketersediaan

Telefon pintar Honor X5 Plus telah mula dijual di Malaysia sekarang dengan satu pilihan varian berharga:

  • Honor X5 Plus (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM449

image is not available

Ia boleh dibeli dari semua pengedar sah Honor di Malaysia, serta atas talian di Stor Online HiHonor dan juga di Lazada dan Shopee. Tiada promosi jualan awal dinyatakan.

Spesifikasi Honor X5 Plus

Prestasi Honor X5 Plus sebenarnya agak serupa dengan Honor X6a kerana ia dikuasakan cip Mediatek Helio G36. Tetapi RAM hanya 4GB dan storan 64GB, lebih kecil daripada Honor X6a. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan dalaman.

image is not available

Skrinnya juga serupa iaitu LCD seluas 6.56-inci 90Hz, serta resolusi HD (1612×720). Takuk kecil di atas skrin menjadi tempat untuk kamera hadapan 5MP F2.2.

Di belakang, dua bulatan besar pada modul kamera memuatkan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4, bersama lampu LED Flash. Video boleh dirakam dengan kamera ini, sehingga resolusi HD Penuh.

Kapasiti bateri pada Honor X6a agak besar iaitu 5,200mAh. Tetapi kuasa pengecasnya berbeza dari Honor X6a, hanya menyokong 10W melalui USB-C. Ia juga ada speaker mono dengan jek audio 3.5mm masih terdapat di bawah telefon. Pengimbas capjari ada di butang kuasa di tepi.

Honor X6a menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13. Ia hanya ada satu warna iaitu biru cyan. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X5 Plus.

image is not available

Bacaan Berkaitan