Honor dalam diam mula menyenaraikan peranti baharu X6b di Malaysia. Ia boleh didapati pada harga RM599 sebuah dengan pilihan warna Forest Green dan Midnight Black. Sekiranya berminat anda boleh mendapatkannya melalui laman web dan pengedar rasmi Honor Malaysia di seluruh Malaysia bermula sekarang.


Untuk spesifikasi peranti menggunakan skrin LCD 6.56″ HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5,200mAh yang digunakan boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan 35W. Diikuti dengan sistem dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 5MP sebagai pelengkap peranti.
- Beli – Honor X6b Di Honor Malaysia
- Beli – Honor X6b Di Lazada
- Beli – Honor X6b Di Shopee

