Honor X9c Smart 5G Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga RM1,099

TechnologyDigital
9 Dec 2024 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor baru sahaja mengumumkan telefon pintar baharu X9c Smart di Malaysia. Ia mengetengahkan spesifikasi kelas pertengahan dengan sokongan 5G terbina. Pada masa sama menjadi pilihan yang lebih mampu milik berbanding Honor X9C 5G terutamanya bagi mereka yang mahu membeli peranti untuk kegunaan peribadi.

image is not available

Honor X9c Smart menggunakan skrin rata OLED FHD+ sebesar 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu mempunyai dwi-kamera utama 108MP (F1.75) + 5MP (F2.2) (lebar) dan swafoto sebesar 16MP (F2.45). Bateri 5800mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 33W.

image is not available

Anda yang ingin mendapatkan telefon ini boleh membelinya pada harga RM1,099 bermula 11 Disember akan datang. Ia turut boleh dibeli secara ansuran dengan bayaran RM91.58/bulan untuk tempoh setahun. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah berupa botol air eksklusif bernilai RM79 untuk masa terhad.