Kebelakangan ini, pasaran telefon pintar semakin rancak dengan kehadiran peranti berkapasiti bateri gergasi yang menjanjikan ketahanan luar biasa. Namun begitu, persoalan yang sering bermain di fikiran pengguna ialah adakah benar wujud sebuah telefon pintar yang bukan sahaja memiliki bateri raksasa malah lengkap dengan pakej lasak serta tahan retak.
Jawapannya kini terbukti ada! HONOR X9e Pro 5G hadir sebagai penanda aras baharu, direka untuk bertahan dalam pelbagai situasi tidak dijangka. Dengan gabungan bateri berkapasiti besar dan binaan tahan lasak, ia menetapkan standard moden dalam dunia teknologi mudah alih, memberikan keyakinan penuh kepada pengguna bahawa gaya dan ketahanan boleh wujud seiring.

Ketahanan Bukan Sekadar Gimik
Lebih mengagumkan, HONOR X9e Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti melebihi 10,000mAh. Ya, anda tidak tersalah baca. Kapasiti baterinya mencecah 11,000mAh yang menjadikannya antara yang terbesar dalam kelasnya. Secara teorinya, ia mampu bertahan jauh lebih lama berbanding kebanyakan pesaing di pasaran. Hal ini sekaligus memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menikmati pengalaman penggunaan tanpa gangguan, sama ada untuk bekerja, berhibur atau kekal berhubung sepanjang hari.

Kalau sekadar cakap, pastinya ada pihak yang skeptikal dan menganggap ketahanan telefon ini sekadar gimik. HONOR tidak memilih untuk berdiam diri. Sebaliknya, mereka hadir dengan cara berbeza melalui satu sesi demonstrasi tembak menembak yang dikawal rapi oleh jurulatih bertauliah.


Ujian ini tidak melibatkan senjata sebenar, sebaliknya menggunakan Airsoft guns yang masih mampu menghasilkan impak kuat pada skrin. Yang paling menarik, kami sendiri diberi peluang menembak telefon tersebut. Saat peluru dilepaskan, debaran semakin terasa. Ada juga kerisauan bahawa skrin mungkin pecah namun keputusan akhirnya amat mengejutkan.

HONOR X9e Pro 5G berjaya bertahan tanpa sebarang kerosakan. Telefon masih kukuh, berfungsi seperti biasa dengan skrin yang responsif dan kamera yang beroperasi normal. Jika ada kesan pun, ia hanya pada pelindung skrin semata-mata. Inilah bukti bahawa HONOR X9e Pro 5G bukan sekadar direka untuk gaya tetapi mampu memberi keyakinan penuh kepada pengguna.
Cabaran Tahan Lasak – Dari Paku Ke Karate

HONOR tidak berhenti setakat itu. Mereka menambah cabaran dengan menjadikan telefon ini sebagai tukul untuk mengetuk paku dalam Hammer Test. Ia turut diuji dalam aksi karate pada panel plaster, malah digunakan untuk memecahkan kacang. Hasil ujian membuktikan ketahanannya. Telefon masih kukuh tanpa sebarang kerosakan dan yang lebih penting, ia terus berfungsi seperti biasa. Skrin masih responsif, boleh ditatal dengan lancar malah kamera berfungsi normal tanpa sebarang masalah. Jika ada kesan pun, ia hanya pada pelindung skrin semata-mata.

Rahsia Ketahanan Dari Litar Perlumbaan
Jadi bagaimana HONOR mampu menghasilkan telefon dengan tubuh yang begitu tahan lasak? Rahsianya terletak pada inspirasi daripada teknologi keselamatan kereta lumba. Dalam dunia perlumbaan, terdapat bahagian yang dikenali sebagai Survival Cell. Ia merupakan struktur komposit karbon fiber bersama aluminium sarang lebah yang direka khas untuk menyerap hentaman dan melindungi pemandu daripada impak terus.

Konsep inilah yang diilhamkan oleh HONOR lalu diubah konsepnya ke dalam rekaan telefon pintar terbaru mereka. Hasilnya, HONOR X9e Pro 5G hadir sebagai sebuah peranti yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga memiliki tahap ketahanan luar biasa yang memberi keyakinan penuh kepada pengguna. Apabila telefon terjatuh, reka bentuk khasnya segera mengalihkan tenaga hentaman ke rangka utama. Komponen penting seperti papan induk dan skrin kekal terlindung bagi memastikan telefon terus berfungsi tanpa gangguan.

HONOR turut menggunakan pelekat PUR yang lebih kukuh berbanding pelekat biasa industri. Pemasangan penuh antara skrin dan rangka menjadikan skrin seolah-olah dilapisi ribuan kusyen mikro udara yang menyebarkan impak dengan lembut sekali gus mengurangkan risiko retak. Ketahanan ini dibuktikan melalui ujian dunia sebenar pada pelbagai permukaan, daripada jubin licin hingga batu cobblestone. Ujian dari pelbagai sudut peranti mengesahkan tahap ketahanannya sehingga meraih persijilan SGS Five-Star Gold untuk ketahanan jatuh.
Perlindungan Menyeluruh
Menambah keterujaan, HONOR X9e Pro 5G hadir dengan bateri silikon karbon berkapasiti 11,000mAh yang direka untuk bertahan lama. Sama ada menonton video, mendengar lagu atau melayari media sosial, anda boleh menikmati pengalaman penggunaan yang lebih berpanjangan tanpa gangguan. Telefon ini menyokong pengecasan pantas 80W dan pengecasan berbalik 27W yang menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian serta berfungsi sebagai sumber tenaga tambahan bagi peranti lain. Baterinya jugamampu berfungsi dalam suhu ekstrem antara -20°C hingga 50°C dengan ketahanan yang dinilai sehingga enam tahun.

Lebih meyakinkan lagi, HONOR X9e Pro 5G hadir dengan pensijilan kalis air bertaraf industri IP68, IP69 dan IP69K. Telefon ini mampu bertahan sehingga 10 meter di dalam air dan telah lulus ribuan ujian kemasukan air serta ujian semburan garam selama 24 jam. Reka bentuknya diinspirasikan daripada kapal selam lengkap dengan lapisan pelindung dan sistem saliran khas yang memastikan komponen dalaman sentiasa kering. Bahagian seperti pembesar suara pula direka untuk menyalurkan keluar kelembapan dengan pantas sekali gus melindungi telefon daripada kakisan.

Siri HONOR X telah lama menjadi sebahagian daripada pilihan pengguna dalam segmen peranti kelas pertengahan. Dengan lebih 130 juta pengguna di seluruh dunia, siri ini terus relevan dari generasi ke generasi kerana 3 perkara utama iaitu ketahanan lasak, hayat bateri panjang dan prestasi yang boleh diharap setiap hari. Kini, HONOR X9e Pro 5G hadir dengan perlindungan selepas jualan yang lebih menyeluruh untuk memberi ketenangan fikiran kepada pengguna:
- Perlindungan Skrin & Panel Belakang Selama 730 Hari – melindungi daripada kerosakan akibat terjatuh secara tidak sengaja.
- 730 Hari Perlindungan Depan & Belakang – jaminan pembaikan jika berlaku kerosakan akibat terjatuh.
- Perlindungan dua Tahun untuk Skrin & Panel Belakang – melindungi daripada kerosakan tidak disengajakan.

Dengan tiga lapisan perlindungan ini, HONOR X9e Pro 5G bukan sahaja menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna sepanjang 2 tahun pertama pemilikan. Dapatkan satu di pasaran sekarang dengan harga bermula RM1,899.
Penafian: Advertorial dibawakan oleh HONOR Malaysia.





