
Fujifilm Instax Link WIDE 2 turut dilancarkan di Malaysia. Pencetak mudah alih ini membolehkan pengguna mencetak gambar daripada telefon pintar dalam saiz dua kali lebih besar berbanding cetakan mini.
Instax Link WIDE 2 hadir dengan fungsi baharu Photo Mixer yang membolehkan pengguna menggabungkan beberapa gambar menjadi kolaj ala buku skrap. Ia juga menawarkan fungsi Cutout untuk mengasingkan objek atau individu daripada imej. Reka bentuknya cukup menarik dengan pilihan dua tona warna seperti Duo Beige dan Duo Blue. Logo instax yang bercahaya lembut ketika proses mencetak pula turut menambah sentuhan estetik.

Ia turut boleh disambungkan dengan telefon pintar, tablet, PC, kamera Fujifilm X Series serta Instax Pal 2 lengkap dengan sokongan Direct Print terus dari kamera ke pencetak. Model ini juga dilengkapi dengan Bluetooth lebih pantas berbanding versi terdahulu bersama sokongan Google Fast Pair untuk pengguna Pixel bagi memudahkan tetapan awal. Dengan format lebar berukuran 86 mm × 108 mm, pencetak ini sesuai untuk mencetak gambar berkumpulan, pemandangan atau acara khas.

Bagi yang berminat, Fujifilm Instax Link WIDE 2 dijual pada harga RM748 di Malaysia.


