“Hormat kedatangan Ramadan” – Bakal Buat Konsert 9 Mac Ini, Mufti Saran Siti Nurhaliza Anjakkan Tarikh

Entertainment
18 Jan 2024 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert solonya setelah sekian lama dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Konsert yang diberi nama Epitome Saya Siti Nurhaliza itu dijadualkan bakal berlangsung pada 9 Mac tahun ini.

Meskipun tiket konsert tersebut habis dijual selepas 2 jam ketika dibuka pada 21 Disember lalu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor mempunyai berpendapat berbeza tentang penganjuran konsert tersebut.

Menurut Kosmo!, Mufti Pulau Pinang itu menyarankan agar konsert pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu dianjakkan ke tarikh lain bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Difahamkan, beliau berkata konsert tersebut seolah-olah melalaikan daripada mengingati Allah SWT, selain tidak menghormati bulan yang suci itu.

Beliau turut berkata umat Islam sebaliknya digalakkan untuk mengambil peluang menggandakan amal ibadat serta banyak melakukan kerja kebajikan.

Sebagai info, konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza itu bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan Siti sebelum ini menyatakan konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada Julai 2023 tetapi terpaksa ditangguhkan sebaik mendapat tarikh baharu daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac ini.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.