Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

11 Oct 2024 • 10:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, demi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana

Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, mendapat sentuhan pereka fesyen Amazae memilih baju berwarna ‘gilver’ iaitu campuran warna emas dan perak untuk acara malam ini. 

“Tahun ini ibu minta saya pakai baju lebih sopan dan sederhana. Saya mahu semuanya kelihatan tenang, tidak keterlaluan agar ramai orang sayang. 

“Ibu tidak mahu saya dikecam hebat seperti tahun lepas kerana fesyen yang saya bawakan,” katanya.

Aina mengulas berkaitan pemilihan pakaian yang dilihat berbeza dengan penampilannya sebelum ini yang sering dikaitkan dengan fesyen pelik.

Tercalon untuk kategori Penyanyi Wanita Popular malam ini, Aina bagaimanapun tidak terlalu memikirkan kemenangan. 

“Soal memang atau tidak, itu saya tolak tepi.