Hormat urusan agama & adat resam, PDRM tak campur kemelut pemerintahan N. Sembilan

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 10:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Hormati kedudukan Adat Pepatih

Menerusi kenyataan rasmi PDRM, penegasan itu dibuat bagi menghormati kedudukan Adat Perpatih yang menjadi asas penting dalam sistem pemerintahan, pentadbiran dan perpaduan negeri berkenaan.

“Sehubungan itu, PDRM tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan yang termaktub di bawah undang-undang terbabit,” katanya.

image is not available PDRM fokus aspek keselamatan, ketenteraman awam & keamanan negeri

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad menyatakan dalam masa sama, PDRM kekal memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negeri termasuk melindungi nyawa serta harta benda orang awam.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang, tidak terlibat dengan mana-mana pihak serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses semasa.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya bertenang, tidak membabitkan diri dalam mana-mana pihak yang terbabit, tidak membuat sebarang spekulasi, serta memberi ruang kepada proses yang sedang berjalan tanpa sebarang gangguan.
“PDRM turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, ulasan atau perkongsian, sama ada secara fizikal mahupun di platform digital.
“Selain tidak menyebarkan sebarang bentuk kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan, keresahan awam atau menyentuh sensitiviti berkaitan 3R (agama, raja dan kaum),” katanya.

image is not available

Beliau turut memberi amaran bahawa sebarang unsur ugutan, provokasi, fitnah atau penyebaran maklumat palsu akan disiasat dan tindakan undang-undang akan diambil jika didapati bersalah.

“Kerjasama semua pihak dalam mengekalkan ketenteraman, menghormati proses yang sedang berlangsung dan memelihara keharmonian negeri ini amat dihargai,” katanya.

image is not available

Sumber: Facebook Polis Negeri Sembilan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved