Hormati 10 Malam Terakhir Ramadan, Kerajaan Negeri Terengganu Larang Aktiviti ‘Busking’ Selama 10 Hari

LocalPolitics
23 Mar 2025 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Aktiviti ‘busking’ atau persembahan muzik di tempat awam atau kawasan jalanan tidak dibenarkan di seluruh negeri Terengganu selama 10 hari terakhir Ramadan pada tahun ini.

Memetik laporan Buletin TV3, larangan tersebut dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu kerana mahu menghormati suasana ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Larangan tersebut adalah selama 10 hari iaitu bermula 20 Mac sehingga hujung bulan ini dan bukannya berterusan sepanjang tahun.

Difahamkan, selepas hari raya nanti, pemuzik buskers boleh meneruskan aktiviti mereka semula.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Semua pihak berkaitan seperti penganjur bazar Aidilfitri, pasta moreh, bazar Ramadan dan pengusaha premis perniagaan diminta untuk tidak menganjurkan acara hiburan busking ini sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Datuk Razali Idris iaitu Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, pihak mereka akan melaksanakan tindakan susulan bagi membantu pemuzik buskers yang terkesan akibat larangan sementara ini.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.