Hormati Bulan Ramadan, Peniaga Bazaar Dinasihat Tidak Beroperasi Terlalu Awal

2 Mar 2025 • 9:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hal ini bagi menjaga keselesaan dan suasana Ramadan yang harmoni

Hormati Bulan Ramadan, Peniaga Bazaar Dinasihat Tidak Beroperasi Terlalu Awal. Bulan Ramadan sudah tiba, bazaar Ramadan pastinya jadi tempat wajib bagi rakyat Malaysia mencari juadah berbuka! Tapi, peniaga dinasihatkan untuk tidak mula berniaga terlalu awal demi menjaga keselesaan dan suasana Ramadan yang harmoni.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, mengingatkan bahawa kebanyakan gerai biasanya mula bersiap sekitar tengah hari dan mula menjual pada pukul 2 atau 3 petang.

image is not available
Hormati Bulan Ramadan, Peniaga Bazaar Dinasihat Tidak Beroperasi Terlalu Awal. Sumber gambar: FB DBKU

Pihak berkuasa akan berbincang dengan peniaga yang membuka jualan terlalu awal

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), walaupun tiada tindakan tegas akan diambil, pihak berkuasa tetap akan berbincang dengan peniaga yang membuka jualan terlalu awal untuk memahami situasi mereka dan memberikan nasihat.

“Kalau mereka mula jual terlalu awal, kita akan tanya sebab dan beri panduan agar mereka ikut peraturan sedia ada,” katanya selepas majlis pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Nyabut dan Kampung Trombol.

image is not available

Walaupun tiada waktu operasi rasmi yang ditetapkan, Dr Abdul Rahman menekankan bahawa memulakan jualan pada waktu petang lebih baik untuk menghormati bulan Ramadan, terutama bagi mereka yang sedang berpuasa.

Jadi, buat para peniaga di luar sana ingat, mula berniaga pada waktu yang sesuai dan hormati bulan Ramadan!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: