Hormati Sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November

25 Sep 2023 • 1:51 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.

Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan  mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.

Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd  menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.

Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.

“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.

“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023. 

“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.

“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.

“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.

“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.

image is not available

Ubah Persepsi Negatif, Nama Acara Ditukar













image is not available


image is not available





Dangdut irama serumpun

















Konsert Milenia bakal cipta sejarah