Hormati Waktu Azan, Tindakan Seorang Lelaki Azan Di Tempat Karaoke Raih Pujian Sebab Sedap

Entertainment
9 Dec 2023 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa tidak teruja dapat mendengar laungan azan yang sedap dan merdu dari rakan baik walaupun kejadian itu berlaku di dalam pusat karaoke.

Satu video seorang lelaki sedang asyik bernyanyi menjadi tular apabila berhenti bernyanyi dan melaungkan azan ketika masuk waktu solat.\

Tindakan lelaki itu dirakam rakannya yang kemudian menjadi tular akibat kelunakkan dan kemerduan suara rakannya itu.

Video itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata komen memuji sikap pemuda itu yang bertindak berhenti menyanyi dan tidak menjangkakan untuk melaungkan azan.

“Sedap lunak azan tu.

“Walaupun berada kat tempat hiburan masih menghormati,” antara komen netizen.

Siapa kita untuk menghukum walaupun kejadian itu berlaku ditempat hiburan namun tindakan lelaki itu mungkin untuk menunjukkan bakatnya pada rakan mereka.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved