Hospital Bahagia Sahkan Hafidz Roshdi Waras, Boleh Dibicarakan Kes Cederakan Isteri

Entertainment
9 Jun 2023 • 2:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah mengesahkan pelakon Hafidz Roshdi waras dan dia layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri.

Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri memberitahu, perkara itu berdasarkan laporan psikiatri yang dikeluarkan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, terhadap Hafidz.

image is not available

“Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan (psikiatri) telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan kes boleh dibicarakan,” kata Asmaa’ ketika prosiding pagi tadi.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan tarikh lain bagi serahan dokumen.

Peguam, Datuk Akberdin Abdul yang mewakili tertuduh memohon pihak pendakwaan memberikan salinan berhubung laporan psikiatri itu sebelum tarikh sebutan kes seterusnya.

image is not available

“Belum bicara lagi, akan ada sebutan baharu nanti. Selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen yang diserahkan tu maka baru boleh buat keputusan untuk pertimbangkan kembali kes ini untuk tindakan selanjutnya.”

“Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (tumbuk isterinya) tu lain,” jelas peguam Hafidz.

Bagaimanapun, mahkamah selepas mendengar kedua-dua belah pihak kemudian menetapkan 17 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, Hafidz telah ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan psikiatri seperti yang diperintahkan mahkamah mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.

Sebelum buat apa-apa tuduhan, kita tunggu lah keputusan mahkamah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.