Hospital Tunku Azizah Keluar Kenyataan Isu Salah Laku & Penipuan Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah

4 Apr 2026 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kes kira-kira 190 orang HO (house officers) atau Pegawai Perubatan Siswazah di hospital tersebut yang telah menjadi mangsa penipuan oleh seorang Personel MySTEP sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM47,210.

Terkini, pihak pengurusan Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Facebook menjelaskan mengenai isu berkenaan.

image is not available

Difahamkan, personel MySTEP terbabit telah mengatakan kepada pegawai-pegawai perubatan siswazah bahawa mereka perlu membuat bayaran balik atau refund sebanyak RM900 untuk bayaran emolumen yang terlebih bayar dan RM45 untuk kursus yang wajib disertai oleh pegawai-pegawai perubatan siswazah terbabit ke akaun peribadinya, lapor Code Blue.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Oleh itu, pihak HTA menegaskan bahawa tiada sebarang kutipan wang tunai atau pindahan ke akaun peribadi kakitangan dibenarkan bagi mana-mana urusan rasmi termasuk bayaran emolumen atau yuran kursus.

Selain itu, Personel MySTEP yang terbabit itu juga tidak pernah diberi kuasa berkaitan kewangan oleh pihak HTA.

Susulan kes penipuan itu, perkhidmatan personel MyStep itu telah ditamatkan dan segala akses individu tersebut ke sistem dan fasiliti hospital telah disekat.

Kes penipuan ini juga telah dilaporkan kepada pihak polis dan ia kini sedang disiasat oleh PDRM.

Sumber: New Straits Times 

Sumber: Facebook Hospital Tunku Azizah Sumber: CodeBlue

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.