Hot Daddy Sebagai Tetamu Jemputan Podcast Ibarat Mempromosi Zina Dalam Kalangan Remaja

6 Feb 2024 • 11:17 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Daripada mereka yang tidak kenal, sampai orang kenal begitu viralnya kes hoot daddy kini. Selepas kecoh ditangkap nama hot daddy panas kembaliii apabila menjadi tetamu jemputan di dalam sebuah podcast baru-baru ini.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai perbincangan termasuklah Mufti Pulau Pinang.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah produksi podcast yang menjemput individu yang terpalit dengan isu pensundalan dijemput sebagai tetamu dalam rancangan berkenaan.

image is not available

Tindakan tersebut ujarnya boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan aktiviti tersebut yang secara jelas bertentangan dengan agama.

Wan Salim berkata, jika tidak dicegah, dibimbangi akan mempengaruhi remaja dan membawa kepada masalah sosial serta keruntuhan akhlak.

Dalam pada itu, Wan Salim turut menyatakan kerajaan perlu memandang serius perbuatan ini dan mengambil tindakan tegas perkara yang boleh mengundang ke arah kerosakan nilai akhlak masyarakat.

image is not available

“Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

“Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” katanya.

Terdahulu, tindakan menjemput seorang individu lelaki yang dikenali sebagai ‘hot daddy’ mencetuskan pelbagai reaksi ramai dan mengecam tindakan tersebut seolah mempromosikan terhadap pelakuan zina.

Sumber: Berita Harian