Hotel Di Filipina Ini Pecah Rekod Guinness, Jadi Bangunan Bentuk Ayam Terbesar Di Dunia

Entertainment
16 Nov 2024 • 1:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dengan teknologi dunia yang semakin moden, memang banyak bangunan besar dan tinggi yang dibina dengan rekaan yang unik.

Seperti baru-baru ini, sebuah hotel di Negros Occidental, Filipina telah berjaya mencatat rekod dunia Guinness (Guinness World Record) apabila hotel yang dibina dengan bentuk ayam jantan itu menjadi bangunan bentuk ayam jantan terbesar di dunia.

Memetik laporan Guinness World Record, bangunan hotel bentuk ayam jantan itu yang berketinggian 34.931 meter itu mempunyai 15 bilik hotel yang lengkap dengan penyaman udara, katil besar yang empuk, TV dan air mandian panas.

Bangunan ayam itu juga mempunyai lebar 12.127 meter dan panjang 28.172 meter.

image is not available

Bangunan itu mula dibina pada 10 Jun 2023 dan siap dibina pada 8 September lepas.

image is not available

Difahamkan, bentuk ayam itu dipilih oleh pemiliknya, Ricardo Cano Gwapo Tan kerana ayam jantan seekor binatang yang mempunyai aura yang kuat, jadi ia seperti melambangkan kekuatan dan daya tahan yang dimiliki oleh orang-orang di kawasan tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.