Hotlink Pantas buang pilihan data tahan lama 8GB dan 20GB, tambah pelan bulanan RM35

Digital
15 Feb 2023 • 2:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas membuat pertukaran untuk pelan pascabayar Hotlink, kini pelan prabayar juga dilihat mengalami perubahan. Prabayar Hotlink Pantas yang menawarkan pelan tahan lama 365 hari, kini tidak lagi menyediakan tawaran data besar 20GB dan 8GB. Jadi, pengguna perlu melanggan pelan yang berharga lebih mahal untuk menggunakan lebih banyak data.

image is not available
Pelan terkini (kiri) dan pelan lama (kanan)

Dalam gambar di atas, dapat dilihat pilihan data 365-hari paling besar adalah 5GB, berharga RM10. Selain itu, ada pilihan data 2GB (RM4) dan 1GB (RM2). Semua pelan ini jika dikira mengikut GB, menjadikan harganya RM2 untuk setiap 1GB.

Sebelum ini, data 8GB (RM15) dan 20GB (RM30) menawarkan kadar GB lebih murah iaitu RM1.88/GB untuk 8GB dan RM1.5/GB untuk 20GB. Sebagai ganti, Hotlink menawarkan satu pelan baru untuk pengguna Hotlink Pantas.

30GB dan panggilan tanpa had hanya RM35/bulan

image is not available

Selain pelan yang tahan 365-hari, pengguna Hotlink Pantas juga boleh melanggan pelan bulanan. Hotlink telah mengemaskini pelan bulanan ini, antaranya pelan RM35/bulan yang memberikan 30GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had. Ia adalah naik taraf kerana sebelum ini, pelan RM40/bulan memberi hanya 25GB data. Pelan baru ini juga lebih berbaloi berbanding pelan pascabayar Hotlink Postpaid 40, jika anda tidak memerlukan SMS yang banyak.

Terima kasih kepada @mk_irons atas tip yang diberi!

[Sumber: Hotlink]

Bacaan Berkaitan