Pascabayar Hotlink telah diperbaharui, kini datang dengan sehingga 20GB lebih data

Digital
10 Feb 2023 • 6:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Maxis didapati telah mengemas kini penawaran produk pascabayar Hotlink mereka. Secara ringkasannya, pengguna bakal menikmati lebih data pada harga yang sama. Buat pengetahuan anda, mereka telah naik taraf pascabayar Maxis dalam tahun 2022 apabila menambah 10GB kuota untuk semua penawaran.

Apa yang baharu di pascabayar Hotlink?

image is not available
Penawaran baharu

Sekiranya anda pergi ke laman Hotlink, anda akan dapati yang dua daripada tiga pelan pascabayar telah berubah kuota Internetnye iaitu Postpaid 60 dan Postpaid 40 iaitu masing-masing 50GB dan 30GB.

Malangnya operasi pembaharuan ini tidak melibatkan Postpaid 30 kerana ia masih kekal pada 2GB untuk RM30/bulan.

image is not available
Penawaran lama

Buat pelanggan pascabayar Hotlink yang melanggan mana-mana pelan pascabayar sebelum 9 Februari 2023, akan mendapat pertambahan kuota percuma selama 12 bulan bagi menyamakan antara pelanggan pelan baharu dan pelan lama. Dalam masa yang sama, pas data YouTube akan dibuang.

Anda boleh layari laman rasmi Hotlink untuk maklumat lanjut.