Houthi lancar serangan besar-besaran ke selatan Arab Saudi

WorldPolitics
25 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Houthi lancar serangan besar-besaran ke selatan Arab Saudi

RIYADH: Kumpulan Houthi di Yaman melancarkan serangan besar-besaran di beberapa kawasan di selatan Arab Saudi pada Ahad, ketika kerajaan itu mengumumkan pembukaan semula sebahagian Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh meskipun berdepan serangan berulang kali oleh kumpulan berkenaan.

Amaran kemungkinan serangan diaktifkan di seluruh bahagian selatan negara itu sepanjang hari, dengan gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi berkata, sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu balistik berjaya dipintas.

Arab Saudi, yang mengetuai gabungan ketenteraan memerangi Houthi yang disokong Iran, berdepan bertubi-tubi serangan kumpulan itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pertempuran tercetus selepas gencatan senjata yang berlangsung selama beberapa tahun antara Houthi dengan kerajaan Yaman yang disokong Riyadh runtuh.

“Serangan sangat hebat sejak pagi tadi,  semoga Tuhan melindungi kami. Semuanya bergegar akibat letupan,” kata seorang penduduk di Khamis Mushait kepada AFP pada Ahad dengan syarat identitinya dirahsiakan.

Lebih ke utara, Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh mengumumkan penerbangan akan disambung semula pada Ahad selepas ditutup selama dua minggu susulan serangan Houthi.

Bagaimanapun, tahap operasi lapangan terbang itu masih belum jelas.

Pejuang Houthi melancarkan beberapa gelombang serangan ke atas lapangan terbang itu, termasuk serangan bulan ini mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 300 yang merupakan serangan paling dahsyat di Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad.

Kumpulan itu turut menyasarkan infrastruktur minyak dan beberapa lokasi lain.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree memberi amaran bahawa Lapangan Terbang Riyadh masih tidak selamat dan merupakan sasaran ketenteraan.

“Angkatan Tentera Yaman memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan antarabangsa, serantau dan tempatan serta kakitangan termasuk penumpang  supaya tidak menggunakan Lapangan Terbang King Khalid di Riyadh kerana ia tidak selamat selain menjadi sasaran ketenteraan pasukan kami,” katanya.

“Rejim Arab Saudi akan menanggung akibat daripada sebarang operasi di lapangan terbang itu,” tambahnya. – AFP

The post Houthi lancar serangan besar-besaran ke selatan Arab Saudi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved