‘How You Like That’ Kembali Lakar Sejarah Buat Blackpink Di Spotify

Music
12 Mar 2024 • 3:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kumpulan gadis K-pop popular, Blackpink telah kembali mencipta sejarah dengan ‘How You Like That’ di platform Spotify sebagai lagu kumpulan gadis K-pop pertama yang mendapat 1 bilion strim.

Dipetik menerusi portal Times Now, kumpulan yang terdiri dari Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa ini mula melakukan debut sulung mereka pada tahun 2016 dengan mengeluarkan dua buah lagu berjudul Boombayah dan Whistle yang berentak boom bass.

image is not available

Foto: YG Entertainment

Dikeluarkan pada 26 Jun 2020, ‘How You Like That’ ialah single pra-keluaran pertama daripada album studio sulung kumpulan Blackpink, The Album.

Ditulis dan dihasilkan oleh Teddy Park, Danny Chung, R. Tee dan 24, telah berjaya meletakkan album ini sebagai album terlaris mereka dan mendapat pujian di seluruh dunia.

Diambil menerusi artikel keluaran Grammy Award, Blackpink telah mencipta beberapa gelaran Guinness World Records baharu dengan penerbitan video untuk lagu yang sama.

image is not available

Foto: Soompi

Dengan 86.3 juta tontonan pada hari pertama keluaran, ‘How You Like That’ telah mencapai rekod baharu untuk video YouTube yang paling banyak ditonton dalam 24 jam, video muzik paling banyak ditonton di YouTube dalam masa 24 jam serta video muzik YouTube yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam oleh kumpulan K-pop.

Maka, tidak hairanlah Blackpink sudah menjadi pemegang rekod kumpulan wanita yang paling banyak diikuti di Spotify dan kumpulan muzik dengan pelanggan terbanyak di YouTube, mengatasi One Direction, menurut Guinness World Records.