“Tak Pernah Capai…” – Meski Popular, Sandara Dedah Pendapatan 2NE1 Ketika Masih Aktif

Music
9 Mar 2024 • 1:57 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Memang tidak dinafikan 2NE1 adalah salah satu kumpulan wanita K-Pop paling dikenali ramai.

Terbaru, Sandara Park telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘Energytalktalk’, di mana idola itu ada bercakap tentang pembubaran kumpulan 2NE1.

Kongsi Sandara,

Kami tiba-tiba bubar, jadi saya kasihan kepada peminat, ahli dan saya sangat suka ketika kami bersama, jadi memang sangat kesal.

Kemudian, pengacara Bada ada bertanya mengenai khabar angin menyatakan Sandara memperoleh pendapatan sehingga 30 bilion won (RM106,723,869) ketika zaman kegemilangannya. Mengenai ini, wanita itu menjelaskan,

Ia bukanlah 30 bilion won. Pendapatan kami tidak pernah mencapai ratusan juta kerana kami membelanjakan banyak wang untuk pakaian kami. Selepas mengadakan tour atau rakaman MV, syarikat cakap 2NE1 membelanjakan lebih banyak wang dari BIGBANG.

Sambunya lagi,

Kami dipanggil oleh pasukan perakaunan. Kami tidak memperoleh pendapatan sebanyak itu kerana banyak wang dibelanjakan untuk pelaburan.

Patut la muzik video 2NE1 sentiasa gempak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved