Howard setuju nasihat saya agar lebih berhati-hati petik ayat al-Quran: Mohd Na’im

LocalPolitics
3 Oct 2023 • 11:56 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee menerima baik nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berhubung kontroversinya membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran baru-baru ini.

Berkongsi perkara itu di Facebook, Mohd Na'im menyifatkan pertemuan dengan Howard bagi membincangkan isu tersebut sebagai sangat membina dengan persefahaman bahawa Islam wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“YB (Yang Berhormat) Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat Al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya.

Pertemuan Mohd Na’im dengan Howard yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berlangsung di Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi.

Sebelum ini, Howard tampil memohon maaf susulan kontoversi membuat tafsiran sendiri ayat Al-Quran.

Howard membuat permohonan maaf menerusi sidang media yang dibuat di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur pada 26 September lalu, selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran. - 3 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved