“Siap minta doa dari penumpang” – [VIDEO] Pelajar MRSM Dipuji Netizen, Agih Al-Quran Kepada Pengguna KTM

Entertainment
3 Oct 2023 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Al-Quran ialah kitab suci yang paling utama bagi umat Islam yang diimani sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ATM Bera melakukan satu perkara yang luar dari kebiasaan di mana mereka mengagihkan kitab suci Al-Quran kepada penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM).

@hazim.aqil

Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat. #education #edutokmotivation #ktm #fyp #fypシ

♬ Sepanjang Hidup (Vocals Only Version) – Maher Zain

Dalam perkongsian TikTok @hazim.aqil itu, difahamkan pelajar-pelajar itu mengagihkan Al-Quran tafsir secara percuma dan mereka merupakan pelajar yang dalam proses untuk menjadi hafiz serta hafizah.

“Mereka meminta doa daripada penumpang untuk mendoakan mereka menjadi hafiz & hafizah yang berjaya dunia akhirat,” tulisnya di dalam video itu.

Lebih menyentuh hati, kelihatan seorang wanita seakan tersentuh dengan tindakan salah seorang pelajar sehingga menyebabkan wanita itu mengalirkan air mata.

“Alhamdulillah, semoga ini menjadi asbab anak-anak ini ke syurga…”

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 170K tontonan serta lebih 470 komen yang rata-rata memuji program berkenaan.

Tidak kurang juga ramai netizen yang mendoakan agar semua urusan anak-anak itu sentiasa dipermudahkan.

image is not available

Allahu, rasa tersentuh tengok video ni…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.