HP Envy Move Ialah Sebuah Desktop AIO Mudah Alih

TechnologyDigital
9 Oct 2023 • 10:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bekerja menggunakan komputer riba memang mudah. Masukkan ke dalam beg galas dan asalkan ada WiFi di mana anda melabuhkan punggung menjadi pejabat sementara. Tetapi komputer riba mempunyai skrin yang kecil membuatkannya bukan pengganti sebuah desktop dengan skrin lebih besar. Menerusi HP Envy Move, HP menyelesaikan isu ini kerana ia sebuah desktop AIO mudah alih.

image is not available

HP Envy Move dilengkapi skrin 23.8″ dengan resolusi 2560 x 1440 pixel, dijana cip sehingga Intel Core i5, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB SSD. Menerusi bateri 83Wh, Envy Move boleh beroperasi sehingga empat jam tanpa sebarang palam kuasa. Pengecasan pantas disokong membolehkan bateri dicas sehingga 50% dalam masa 45 minit.

image is not available

Terdapat kamera web 5MP, port HDMI, USB-C, dan sistem speaker Bang & Olufsen. Terdapat poket di bahagian belakang untuk meletakkan papan kekunci dan tetikus. Di bahagian atasnya pula terdapat pemegang yang memudahkan Envy Move dibawa ke mana-mana sahaja walaupun ia seberat 4.1 kg. Harga jualan HP Envy Move bermula daripada $900 (~RM4250).