HP Menggunakan Penjenamaan Baharu HyperX Omen Untuk Produk Gaming

TechnologyGaming
6 Jan 2026 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

HP membeli syarikat aksesori HyperX pada tahun 2021 dan di CES 2026 mereka menggabungkan nama HyperX dengan Omen untuk semua produk gaming yang dikeluarkan. Ini menjadikan HP syarikat kedua selepas Dell yang melakukan penjenamaan baharu (dalam kes Dell kembali ke nama asal XPS) untuk produk tahun ini.

image is not available

Tiga model yang dilancarkan ialah HyperX Omen 15, HyperX Omen 16 dan HyperX Omen Max 16. HyperX Omen 15 dilengkapi skrin 15.3-inci OLED 120Hz, cip sehingga Intel Core Ultra 9 386H, pemproses Intel generasi seterusnya, atau cip AMD Ryzen AI. Ini dipadankan dengan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5070 (8GB GDDR7), memori sehingga 32GB DDR5-DDR5600, storan sehingga 1TB PCIe Gen 5 NVMe SSD dan bateri 70 Whr.

image is not available

HyperX Omen 16 dilengkapi skrin 16-inci OLED 165Hz, cip sehingga Intel Core Ultra 9 386H, pemproses Intel generasi seterusnya, atau cip AMD Ryzen AI. Ini dipadankan dengan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5070 (8GB GDDR7), memori sehingga DDR5-DDR5600, storan sehingga 1TB PCIe Gen 5 NVMe SSD dan bateri 83 Whr.

image is not available

Akhir sekali ialah HyperX Omen Max 16 dilengkapi skrin 16-inci OLED 240Hz, cip pemproses Intel generasi seterusnya, atau cip AMD Ryzen AI. Ini dipadankan dengan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090, memori sehingga DDR5-DDR6400, storan sehingga 1TB PCIe Gen 5 NVMe SSD dan bateri 83 Whr.

HyperX Omen 15 akan mula dijual bulan ini sementara HyperX Omen 16 dan HyperX Omen Max 16 akan mula dijual sekitar musim bunga. Harga jualan belum lagi diumumkan.