HQE II kesan waris jenazah Alui Sabadilah

2 Mar 2024 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini sedang mengesan waris jenazah lelaki bernama Alui Sabadilah berbangsa Bugis yang masih belum dituntut.

Pengarah HQE II Dr Ferro Firdaus Ibrahim berkata Alui, 63, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu pada 6.40 pagi, 25 Feb lepas.

Beliau berkata alamat terakhir si mati mengikut kad pengenalannya adalah di Kampung Kawang, Papar.

“Sehingga kini, belum ada waris datang menuntut jenazah berkenaan. Jenazah telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HQE II,” katanya menerusi kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati ataupun waris diminta menghubungi Jabatan Perubatan Forensik HQE II melalui talian 088-234600 sambungan 4000/4001.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.