“HR nak reject pun takut” – Lelaki ‘Edit’ Muka Sendiri ‘Sebesar Alam’ Dekat Resume Kerja

Entertainment
26 Jan 2024 • 2:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dapat dinafikan, bila mana-mana syarikat iklankan jawatan kosong, mesti ramai orang yang akan menghantar resume mereka. Sampai bahagian sumber manusia perlu menapis satu persatu resume yang diberikan oleh calon.

Namun, lain pula dengan cara seorang calon ini apabila dia menyunting wajahnya ‘sebesar alam’ pada resume sendiri. Mungkin cara ini dapat membezakan dirinya dengan calon yang lain.

image is not available

Semua detail lengkap dalam resume cuma..

Kebiasaannya, maklumat peribadi calon akan disusun kemas dalam resume seperti nama, alamat rumah, nombor telefon, emel dan lain-lain. Untuk gambar calon pula, ia akan diletakkan di sebelah kanan ataupun kiri resume serta saiznya tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Sama seperti lelaki ini kerana maklumat dirinya lengkap dan terperinci namun dia membuat kelainan sedikit dengan menyunting gambarnya sama seperti saiz kertas A4.

Harap diterima kerja – kapsyen hantaran

“Tak hire lagi dah tahu orangnya kelakar”

Walau bagaimanapun, gambar yang tular di TikTok itu telah menmbuatkan ramai netizen terhibur. Masing-masing berseloroh dan mengandaikan calon itu seorang yang kelakar dan kreatif.

image is not available

image is not available

Ada juga yang ‘memberi amaran’ kepada bahagian sumber manusia jika tidak hire calon itu sebagai pekerja di syarikat tersebut.

image is not available

Sesetengah daripada mereka juga terhibur dan hire lelaki itu jika mereka adalah pegawai sumber manusia.

image is not available image is not available

Kreatif betul! Ni kalau HR tak hire mesti teringat-ingat sampai masuk mimpi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article