HRD Corp pantau setiap kelas latihan bagi pastikan kursus benar-benar dijalankan

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HRD Corp pantau setiap kelas latihan bagi pastikan kursus benar-benar dijalankan Image from: HRD Corp pantau setiap kelas latihan bagi pastikan kursus benar-benar dijalankan johardy19/10/2026 - 09:00 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Okt - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan memantau setiap kelas latihan yang dibiayai menerusi levi sedia ada bagi memastikan kursus benar-benar dilaksanakan dan memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

 

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata, pemantauan itu akan dilakukan pegawai HRD Corp sama ada di lokasi atau secara maya ketika agensi berkenaan melaksanakan pembaharuan bagi menambah baik proses, tadbir urus dan ketelusannya.

 

Permohonan geran latihan di Melaka sahaja kini menghampiri 7,000, yang menurut Ramanan mencerminkan kesan positif usaha memperkemas sistem pelaksanaan HRD Corp.

 

“Di Melaka sahaja, permohonan menghampiri angka 7,000. Ini menunjukkan semakin ramai merebut peluang yang disediakan dan memperlihatkan perubahan bermakna sedang berlaku,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah ‘Pocket Talk’ HRD Corp: Daripada Dasar kepada Rakyat di sini pada Ahad. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp Datuk Shamir Aziz.


 

Datuk Shamir Aziz
Datuk Shamir Aziz

 


Ramanan berkata, pembaharuan itu melancarkan proses, namun usaha merombak sistem memerlukan masa dan komitmen bagi memastikan perubahan dilaksanakan dengan teratur.

 

“Bukan mudah untuk merombak sesuatu sistem supaya lebih teratur, telus dan selaras dengan tadbir urus yang baik.

 

"Ia mengambil masa yang agak panjang dan kami berterima kasih kepada seluruh pasukan HRD Corp atas dedikasi mereka melaksanakan penambahbaikan ini,” katanya.

 

Beliau turut menggalakkan pekerja yang mahu meningkatkan kemahiran, graduan yang mencari pekerjaan serta individu yang ingin membina kerjaya baharu supaya memanfaatkan peluang latihan yang tersedia. - DagangNews.com

Terkini standard Image from: HRD Corp pantau setiap kelas latihan bagi pastikan kursus benar-benar dijalankan Image from: HRD Corp pantau setiap kelas latihan bagi pastikan kursus benar-benar dijalankan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved