HSBC Malaysia Kini Menyediakan Sokongan Apple Pay

TechnologyDigital
12 Jan 2023 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple Pay merupakan sokongan pembayaran nirtunai yang boleh dilakukan pada terminal secara wave menggunakan peranti seperti iPhone atau Apple Watch. Ia juga telah sedia boleh digunakan di Malaysia sejak Ogos yang lalu dengan jenis pembayaran yang tidak terhad di kedai secara fizikal. Malahan, turut menyokong kedai atas talian terpilih seperti Shopee.

image is not available

Dalam perkembangan terbaharu, sokongan Apple Pay kini tersedia buat para pemilik kad kredit HSBC. Merujuk Lowyat, ia menyokong kesemua jenis kad kredit yang dikeluarkan oleh HSBC Malaysia, sama ada Mastercard atau Visa. Dalam masa sama, sokongan ini turut disediakan buat kedua-dua pemilik kad kredit HSBC konvensional dan Amanah HSBC Islamik.

Bersempena dengan ketersediaan ini juga, HSBC menawarkan rebat tunai sebanyak RM30 kepada mana-mana pemilik kad yang melakukan sekurang-kurangnya 5 transaksi menggunakan Apple Pay. Dengan syarat, perbelanjaan minimum adalah RM50 untuk setiap transaksi dan promosi terhad sehingga 31 Mei 2023.

image is not available

Pengenalan ini secara tidak langsung memberi lebih pilihan buat orang ramai, di samping turut menyumbang kepada masyarakat nirtunai. Selain HSBC, beberapa bank utama yang turut menyediakan sokongan ini adalah Ambank, Maybank dan Standard Chartered Malaysia. Sementara itu, CIMB Bank pula menyasarkan pengenalannya sekitar separuh kedua tahun ini.