Huawei Buds 5: Fon putik berbentuk unik sesuai untuk P60 Pro dan Mate X3 anda

Digital
12 May 2023 • 3:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei Buds 5 adalah tanda jenama itu cuba untuk menjadi unik kerana masa ini fon putik mojiritinya ada rekaan seperti Apple Airpods. Fon putik Huawei ini dilancarkan bersama-sama Huawei P60 Pro dan juga Huawei Mate X3 dalam pasaran Malaysia.

image is not available

Huawei Buds 5 mengguna pakai rekaan seperti titisan air yang tidak sempat putus dua. Badannya memiliki lengkungan untuk disuaikan dengan bentuk telinga si pemakai. Bekas penyimpan Buds 5 juga berbentuk bujur dan tak sama dengan pesaingnya.

image is not available

Daripada segi spesikasi dalaman, Huawei Buds 5 dilengkapi pemacu audio dinamik dwimagnet sebesar 11mm. Pada setiap satu unit fon putik terdapat tiga mikrofon yang berfungsi untuk menyaring hingar secara hibrid. Selain menyokong kodek Hi-Res Audio, ia juga menyokong kodek proprietari Huawei iaitu L2HC. Jadi untuk menikmati fungsi penuh Huawei Buds 5, disarankan anda untuk gunakan aplikasi pendamping dan telefon Huawei.

image is not available

Lagi ciri yang hanya disokong sekiranya anda gunakan telefon Huawei yang menjalankan EMUI ataupun HarmonyOS adalah audio spatial dan juga dwisambungan Bluetooth 5.2.

image is not available

Dengan satu bateri penuh, Huawei Buds 5 boleh berkhidmat selama 3.5 jam dengan ANC terpasang. Bekas penyimpanannya boleh memberikan tambahan 20 jam waktu penggunaan keseluruhannya. Pengecasan boleh dilakukan secara berkabel mahupun tanpa kabel. Pengguna mendapat waktu guna selama 2 jam dengan pengecasan selama 5 minit.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Huawei Buds 5, ia dijual pada harga RM699. Tempahan awal berlangsung sehingga 19 Mei 2023 dan boleh dilakukan di laman rasmi Huawei, Lazada, Shopee, ataupun Urban Republic.