Huawei Mate X3 Malaysia: Akhirnya boleh duduk sebaris dengan Galaxy Z Fold 4, harganya RM8,888

Digital
12 May 2023 • 9:41 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei telah mengadakan pelancaran produk besar-besaran. Selain Huawei P60 Pro, mereka turut lancarkan telefon boleh lipat Huawei Mate X3 untuk pasaran Malaysia.

Harga Huawei Mate X3

Huawei Mate X3 ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM8,888. Hanya satu variasi sahaja ditawarkan iaitu yang ada RAM 12GB dan storan 512GB. Buat yang berminat untuk dapatkannya, pembelian boleh dilakukan di Huawei Experience Store, kedai dalam talian Huawei, Lazada, Shopee, dan semua pengedar sah Huawei seperti Senheng, senQ, Harvey Norman, dan Urban Republic.

image is not available

Sebagai pemilik terawal Huawei Mate X3, anda boleh menerima beberapa hadiah ekslusif bergantung kepada saluran manakah anda beli Huawei Mate X3. Sekiranya anda beli melalui kaedah dalam talian, anda akan terima hadiah bernilai sehingga RM1,160 termasuklah Huawei MatePad SE WiFi (4+64), Huawei Care, dan My Huawei Exclusive Reward.

image is not available

Sekiranya pembelian dilakukan melalui kedai fizikal, anda beroleh Huawei Eyewear, Huawei Care, dan My Huawei Exclusive Rewards yang semuanya bernilai sehingga RM1,260.

Spesifikasi Huawei Mate X3

Daripada segi rekaan, anda boleh perhatikan seni bina yang berubah-ubah siri Mate X daripada Huawei ini. Huawei Mate X yang asal dilipat ke luar, Mate X2 dilipat ke dalam, Mate Xs 2 dilipat ke luar, dan akhir sekali Mate X3 kembali dilipat ke dalam. Makanya, rekaan telefon boleh lipat Huawei terbaharu ini mengikuti gaya Samsung Galaxy Z Fold.

image is not available
Huawei Mate Xs 2

image is not available

Bermula dengan paparan luaran, telefon ini dilengkapi panel OLED 6.4" beresolusi 2,504×1,080 (20.9:9) dengan kadar segar semula sehinnga 120Hz. Panel paparan ini dilindungi oleh kaca Kunlun Glass yang katanya 10 kali lebih teguh berbanding generasi sebelumnya. Apabila dibuka, anda boleh gunakan panel 7.85" beresolusi 2,496×2,224 (8:8.71), sangat hampir kepada paparan petak.

image is not available

image is not available

Akhirnya, Huawei berjaya menjadikan telefon boleh lipat mereka IPX8 yang bermakna ia kini boleh duduk sebaris dengan Samsung Galaxy Z Fold 4.

Atas papan utama, Huawei Mate X3 diperkasa cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, sama seperti Huawei P60 Pro yang dilancarkan bersama-sama dalam pasaran malaysia. Cip ini bersinergi bersama-sama RAM 12GB dan storan 512GB. Agak menarik apabila Mate X3 menyokong kad storan luaran namun ia cuma menyokong kat berformat NM, bukannya jenis mikro-SD.

image is not available

Untuk mengambil gambar, Huawei Mate X3 dilengkapi sistem pengimejan XMAGE. Ada tiga buah kamera belakang boleh dimanfaatka pengguna. Kamera utamanya adalah kamera 50MP F.18 diikuti kamera ultralebar 13MP F2.2 dan kamera terakhir adalah jenis telefoto 12MP.

image is not available

image is not available

Selain tiga kamera belakang, ia juga ada dua kamera yang disematkan masing-masing di skrin luar dan dalam. Kedua-dua kamera tersebut memiliki sensor 8MP dengan bukaan apertur F2.4.

image is not available

Sistem bateri berkapasiti 4,800mAh memenuhi segala keperluan tenaga pada Huawei Mate X3. Ia boleh dicas menggunakan blok Huawei SuperCharge pada paras sehingga 66W dan ia turut menyokong Wireless Huawei SuperCharge pada paras 50W.