Huawei FreeBuds 6 kini rasmi di Malaysia. Fon telinga nirwayar ini hadir dengan reka bentuk terbuka menyerupai titisan air sama seperti FreeBuds 5.


Ia dilengkapi pemacu audio 11mm dan pad sesentuh untuk kawalan yang lebih mudah. Selain itu, setiap putik audio menyokong LDAC yang menawarkan audio berkualiti bersama sokongan bunyi spatial untuk pengalaman mendengar lebih imersif.



Menerusi bateri 510 mAh, Freebuds 6 ini boleh bertahan 36 jam dengan pod pengecas. FreeBuds 6 disediakan di Malaysia dalam pilihan warna ungu, hitam dan putih dengan harga RM699 bermula 24 Jun 2025.


