Huawei FreeBuds Pro 2 Akan Dilancarkan Minggu Ini Dengan Audio Devialet

TechnologyDigital
21 Jun 2022 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei kini bersedia untuk melancarkan TWS mercu mereka Huawei FreeBuds Pro 2. TWS dari jenis fon telinga ini menggunakan audio yang ditala oleh Divialet sama seperti speaker bluetooth Sound Joy dan Sound X sebelum ini.

image is not available

FreeBuds Pro 2 akan menjadi model gantian kepada model asal yang dilancarkan pada 2020. Ia akan mempunyai kemampuan pembatalan hingar aktif (ANC) yang lebih baik sehingga 47dB yang lebih baik berbanding 40dB pada model asal. Terdapat sokongan audio resolusi tinggi dan juga kemampuan kalis air sehingga IP54.

image is not available

Satu lagi pembaharuan ialah kali ini FreeBuds Pro 2 akan ditawarkan dalam warna perak kebiruan yang tidak ditawarkan sebelum ini. Masih tiada maklumat mengenai harga jualan atau dimanakah ia akan dipasarkan. Tetapi dengan Malaysia adalah antara pasaran utama Huawei di dunia, FreeBuds Pro 2 pastinya akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.