Huawei FreeBuds Pro 3 Kini Rasmi Dengan Sokongan ANC 3.0, LDAC Dan Bateri 31 Jam

TechnologyDigital
15 Sep 2023 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei turut menawarkan fon telinga nirwayar baharu dibawah siri FreeBuds Pro. Mengikut perkiraan semasa ia menjadi fon telinga Freebuds Pro generasi ketiga, yang sudah semestinya turut menampilkan keupayaan lebih baik.

image is not available

Secara umumnya tiada perubahan drastik untuk rekabentuk FreeBuds Pro 3, cuma kini lebih premium menerusi penggunaan bahan kaca Nano Processed yang dikatakan tahan lebih lasak. Perubahan lain termasuklah saiznya yang kini lebih kompak, serta rekaan fon telinga yang kini diubah sedikit untuk cengkaman lebih baik.

Salah satu ciri yang menonjol adalah sistem pembatalan hingar aktif (ANC) 3.0 yang diiklankan mampu menapis hingar latar belakang dengan lebih efektif. Dalam pada itu ia juga disertakan dengan sokongan Huawei L2HC 2.0, penyahkodan audio dwi-definisi tinggi LDAC dan melepasi pensijilan Hi-Res untuk sokongan audio lebih baik.

image is not available

Bateri diberikan pula boleh bertahan sehingga 31 jam dengan bantuan pod pengecas, di mana lebih baik berbanding generasi sebelum ini. FreeBuds Pro 3 dijual pada 199 euros (~RM990) dalam pilihan warna Green, Frost dan White. Huawei turut mengesahkan bahawa peranti ini bakal tiba di Malaysia tanpa tarikh ketersediaan khusus yang didedahkan buat masa ini.