Siri Redmi Note 13 5G Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 September

TechnologyDigital
14 Sep 2023 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan lagi rahsia apabila Redmi kini mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk peranti baharu siri Note 13. Ianya dijadualkan berlangsung pada 23 September 2023, dalam masa sama poster rasmi turut menunjukkan rekaan untuk dua variasi peranti iaitu Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13 Pro+.

image is not available

Sistem tri-kamera digunakan pada kedua-dua peranti dengan susunan dan jenis panel belakang yang berbeza. Redmi Note 13 Pro+ dilihat hadir dengan panel belakang seakan kulit bersama sokongan LED Flash memanjang. Tubuh juga melengkung dengan panel hadapan sejenis rata dan berlubang di bahagian tengah.

image is not available

Sementara itu panel belakang Redmi Note 13 Pro pula serba berkilat dengan sokongan lampu LED Flash bulat. Ini dipadankan juga dengan tubuh dan skrin hadapan sejenis rata yang melengkapinya. Tiadanya pengimbas cap jari terbina di sisi menandakan kedua-dua peranti kelak menyokong pengimbas cap jari di skrin, selain turut memuatkan skrin AMOLED.

image is not available

Butiran lanjut mengenai peranti masih agak terhad namun Redmi Note 13 Pro+ disahkan hadir dengan cip Dimensity 7200-Ultra. Dalam masa sama Redmi juga akan berkerjasama erat dengan Samsung dan MediaTek untuk penawaran lebih baik pada peranti-peranti ini.