Huawei sedia mengacah kehadiran aksesori audio baharu Freebuds SE 2 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan set fon telinga separa bertangkai yang dipadankan dengan pod pengecas bersaiz kompak.

Semakan menerusi laman web rasmi harga jualan untuknya telah mula disenaraikan pada RM199. Iaboleh didapati dalam dua pilihan warna, iaitu Ceramic White dan Isle Blue. Kemudian sesi pratempah pula dibuka bermula 1 September akan datang, yang mana kita turut boleh menjangkakan terdapatnya harga promosi lebih rendah yang bakal ditawarkan kelak.

Huawei Freebuds SE 2 dilengkapi dengan sepasang pemandu audio sebesar 10mm, yang turut memuatkan satu mikrofon terbina. Kawalan sesentuh disokong sepenuhnya pada fon telinga ini, yang juga menawarkan kebolehan tambatan pantas menerusi bluetooth 5.3.

Bateri disertakan pula boleh bertahan maksiumum 40 jam masa main balik dengan bantuan pod pengecas. Kemudian berkurang menjadi 9 jam untuk fon telinga itu sendiri. Turut melengkapi fon telinga ini adalah port USB-C bagi tujuan pengecasan semula dan kalis air IP54 yang sesuai diguinakan untuk bersenam.
