Huawei Mengacah Kehadiran FreeBuds SE 2 Untuk Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
21 Aug 2023 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei kini dalam perancangan hadir dengan fon telinga baharu iaitu Freebuds SE 2. Ia telah diacah menerusi kemaskini terkini di media sosial rasmi Huawei Malaysia namun masih berteka-teki mengenai ketersediaan dan harga jualan secara khusus. Turut dimaklumkan bahawa fon telinga ini akan tersedia dalam dua pilihan warna seperti Isle Blue dan Ceramic White.

image is not available

Huawei FreeBuds SE 2 merupakan fon telinga separa bertangkai yang dipadankan dengan pod pengecas bersaiz kompak. Ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 10mm, yang juga menawarkan kebolehan tambtan pantas menerusi bluetooth 5.3.

Selain itu ia juga menawarkan masa main balik sehingga 9 jam dengan sekali pengecasan, yang kemudiannya boleh meningkat 40 jam dengan bantuan pod pengecasan. Dalam pada itu turut melepasi penarafan kalis air IP54 dan menyokong kawalan sesentuh sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved