Huawei FreeBuds SE 4 ANC Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM249

TechnologyDigital
2 Sep 2025 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei menawarkan fon telinga nirwayar terbaharu mereka FreeBuds SE 4 ANC untuk pasaran Malaysia dengan harga RM249. Fon telinga jenis (in-ear) ini hadir bersama pod pengecas berbentuk persegi. Ia juga menyerupai beberapa model fon telinga Huawei yang sedia ada.

image is not available

FreeBuds SE 4 ANC hadir dengan pemacu audio 10mm dan julat frekuensi 20Hz -20kHz untuk bunyi yang seimbang. Ia menyokong pembatalan hingar aktif (ANC), pembatalan bunyi semasa panggilan, dan pelarasan bunyi melalui Multi-EQ.

image is not available

Terdapat tiga mod ANC yang boleh dipilih, iaitu Ultra, General dan Cozy bergantung pada keselesaan pengguna. Fon telinga ini menyokong format audio SBC, AAC dan mSBC serta kalis air IP54 untuk perlindungan tambahan. Ia juga menyokong Bluetooth 5.4 untuk tambatan pantas ke peranti. Bateri 510mAh digunakan pula boleh bertahan sehingga 50 jam dengan bantuan pod pengecas.

image is not available

FreeBuds SE 4 ANC masih disenaraikan sebagai produk akan datang. Namun menariknya, anda boleh menebus baucar Early-Bird bernilai RM150 dan menikmati perlindungan Loss Care (1 tahun) dari sekarang hingga 8 September. Dengan tawaran ini, anda boleh memiliki fon telingan ini pada harga hanya RM99.