Huawei FreeClip Menampilkan Warna Baharu Rose Gold Edition Dan Berharga RM899

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei FreeClip kini diberi pilihan warna baharu Rose Gold yang sememangnya menjadikan fon telinga berkenaan lebih menarik. Tiada perubahan untuk spesifikasi dengan rekaan seperti sepasang subang digunakan.

image is not available

image is not available

Ia juga fon telinga nirwayar terbuka yang terdiri dengan dua bahagian melipui Comfort Bean dan Acoustic Ball yang dicantum pula dengan C-bridge Design. Kawalan sesentuh sepenuhnya disediakan pada permukaan fon telinga dan Huawei mendakwa turut selesa digunakan tanpa masalah. Pada masa yang sama boleh beroperasi sehingga 36 jam dengan bantuan pod pengecas dan kalis air IP54.

image is not available

image is not available

Harga jualan rasmi adalah RM899 dengan pelbagai aksesori bernilai sehingga RM278 termasuk Huawei Band 8 serta perlindungan kehilangan fon telinga selama satu tahun disediakan untuk setiap pembelian.