
Huawei telah melancarkan FreeClip2 iaitu kemaskini baharu untuk fon telinga nirwayar berbentuk subang. Model ini hadir dengan kemasan pod pengecas lebih moden, ketahanan bateri lebih lama serta perisian dipertingkat bagi pengalaman audio lebih lancar.

Huawei FreeClip 2 hadir dengan pod pengecas berbentuk empat segi berkemasan pusam. Reka bentuk fon telinga masih mengekalkan gabungan Comfort Bean dan Acoustic Ball yang dicantum dengan C-bridge Design namun kini menggunakan bahan yang 25% lebih lembut untuk keselesaan berpanjangan.

Huawei FreeClip 2 dilengkapi pemacu audio 10.8mm bersama tiga mikrofon terbina serta Multi-Channel DNN Algorithm untuk kualiti bunyi lebih imersif. Ia turut disokong oleh NPU AI dengan kuasa pengiraan 10 kali ganda sekali gus membolehkan fungsi baharu seperti Adaptive Volume yang menyesuaikan tahap audio secara automatik dan Adaptive Voice Enhancement bagi suara lebih jelas.

Selain itu, Huawei turut menambah Gesture Swipe Control sebagai pelengkap kepada ciri sedia ada iaitu Nod Motion Head dan Gesture Tap Control bagi menjadikan kawalan lebih mudah.
Huawei FreeClip 2 menyokong tambatan pantas melalui Bluetooth 6.0 serta sambungan serentak dengan dua peranti. Ia turut dilengkapi dengan kalis air IP57, bateri sehingga 38 jam bersama pod pengecas, dan pengesanan telinga automatik yang bantu meningkatkan kemudahan pengguna.


