Generasi baharu peranti boleh lipat Huawei Mate X7 telah dilancarkan ke pasaran global semalam dengan UAE dan Arab Saudi menjadi dua negara pertama menerimanya. Peranti ini menawarkan pengalaman skrin besar yang lebih baik di samping lebih banyak ciri berasaskan AI yang memudahkan penggunaan harian.

Peranti hadir dengan paparan utama Flexible LTPO OLED bersaiz 8 inci FHD+ (2416 × 2210 piksel) yang dipadankan dengan skrin sekunder 6.49 inci FHD+ (2444 × 1080 piksel). Kedua-dua paparan menyokong kadar segar semula 120Hz, menampilkan 1.07 bilion warna, serta kecerahan puncak 3000nits.

Perkakasan dalaman Huawei Mate X7 dikuasai oleh cip Kirin 9030 Pro dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM serta storan 512GB. Peranti global juga menjalankan EMUI 15.0 dengan bukannya HarmonyOS. Selain itu, ia dilengkapi bateri berkapasiti 5600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan juga kalis air IP58/59.

Huawei Mate X7 turut dilengkapi sistem kamera utama 50MP dengan aperture berubah-ubah F1.49–F4.0, sensor RYYB serta sokongan OIS. Ia diikuti oleh kamera ultra-lebar 40MP (apertur F2.2, RYYB), telefoto makro 50MP dan sensor warna generasi kedua. Selain itu, kamera swafoto 8MP turut disediakan pada kedua-dua belah skrin peranti.
Huawei Mate X7 dijual pada harga SAR 6999 (~RM 7653) di Arab Saudi untuk versi dengan 16GB RAM dan storan 512GB. Masih tiada maklumat sama ada peranti lipat ini akan dipasarkan ke Malaysia kelak.


