Huawei Malaysia Bakal Perkenalkan Jam Tangan Pintar Baharu Pada 29 September 2026

TechnologyDigital
15 Sep 2026 • 3:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Malaysia bakal memperkenalkan jam tangan pintar terbaharu pada 29 September ini. Pelancaran tersebut bukan sahaja menambah pilihan baharu untuk pengguna malah turut mengukuhkan lagi posisi Huawei dalam pasaran peranti boleh pakai.

Image from: Huawei Malaysia Bakal Perkenalkan Jam Tangan Pintar Baharu Pada 29 September 2026

Meskipun nama model jam tangan belum diumumkan secara rasmi, semakan di kedai dalam talian rasmi Huawei menunjukkan tanda-tanda bahawa siri Watch GT baharu bakal hadir dalam masa terdekat. Kemaskini promosi di laman Facebook rasmi turut memperlihatkan sebahagian daripada rekaan jam tangan tersebut yang menyerupai Huawei Watch GT7 yang baru sahaja diperkenalkan di China. Keadaan ini menguatkan jangkaan bahawa model terbaharu itu bakal menjadi kesinambungan kepada siri berkenaan.

Image from: Huawei Malaysia Bakal Perkenalkan Jam Tangan Pintar Baharu Pada 29 September 2026
Huawei Watch GT 7 Pro

Perkara ini juga tidak mengejutkan kerana mengikut giliran nombor siri, Watch GT7 merupakan model terkini dalam rangkaian jam tangan pintar Huawei selepas Watch GT6 dilancarkan pada bulan yang sama tahun lalu. Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi yang didedahkan dan sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada Huawei Malaysia berhubung perkara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved